Salam hormat, Rasulullah saw pernah berpesan bahawasanya “Berfikir sesaat mengenai kejadian Allah adalah lebih baik daripada kita beribadat seribu tahun”. Maksudnya disini ialah bukannya kita ditegah daripada beribadat tetapi tetapi biarlah kita beribadat dengan ilmu dan faham sedalam-dalamnya mengenai ibadat yang telah kita kerjakan. Setiap ibadat yang kita kerjakan biarlah untuk Allah semata-mata.

Kalau kita flashback semula kisah-kisah pada zaman Nabi saw begitu banyak contoh dan tauladan mengenai orang yang kurang amal ibadatnya tetapi disebabkan ehsannya yang hanya sekali sahaja seumur hidup terus masuk syurga berbanding ahli ibadat yang kononnya kuat beramal tetapi di hati mereka penuh sifat-sifat mazmumah seperti ujub, takbur dan sebagainya. Bukankah Allah Maha Mengetahui di setiap hati semua insan di dunia ini?

Tak kisahlah kalau kita kuat bersolat dari pagi hingga ke tengah malam, satu hari berzikir ribuan kali dan sebagainya tetapi jika hati kita lalai dan penuh sifat mazmumah maka diakhirnya kita akan tergolong insan yang merugi.

Oleh sebab itu, Allah swt mencela dan memandang rendah sebagai contoh orang-orang yang mengerjakan sembahyang tetapi hatinya tidak kepada Allah, sebagaimana firmannya dalam Al-Quran seperti berikut:

“Sebab itu celakalah orang-orang yang sembahyang. Dimana mereka lalai dari sembahyangnya. Mereka mengerjakan kebaikan supaya dilihat orang” (Al-Maa’uun:4-6)

Bagaimana Allah memandang setiap insan di dunia ini terlalu subjektif untuk kita fikirkan kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang lagipun itu adalah rahsia Allah. Selaku hamba Allah perkara pokok yang perlu diberi keutamaan ialah mindset & tauhid ataupun bagaimana kita memandang Allah sebenar-benarnya. Oleh yang demikian, Islam telah mengajar kita supaya kita sentiasa berbaik sangka bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada semua hidupan di muka bumi ini tak kira lah manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Pada aku formulanya adalah TAUHID (MINDSET) + ILMU + IBADAT = MAKRIFAT ALLAH

Makrifat merupakan satu anugerah Allah kepada hambanya yang istimewa. Begitu banyak tandanya jika seseorang itu telahpun makrifat kepada Allah. Antaranya seperti sentiasa sabar dalam mengerjakan ibadat sunggupun menempuhi dugaan sehari-hari, sentiasa mengingati Allah setiap saat serta terasa yang Allah itu ADA dimana-mana, sering mendapat petunjuk dari Allah sekiranya kita ada permasalahan ibadat supaya ibadat kita semakin hari semakin sempurna di sisi Allah, sentiasa alert dan redha terhadap apa yang berlaku dan beranggapan setiap kejadian itu ada hikmahnya dan banyak lagi sebenarnnya.

Percayalah Yang JANJI ALLAH ITU PASTI! Untuk kita sentiasa berada di jalan makrifat Allah ialah dengan kita seharusnya sentiasa beranggapan yang amal ibadat kita masih kurang, sentiasa berasa hina disisi Allah, sentiasa terasa diri ini fakir dan sebagainya.

PERCAYALAH yang kebahagian HAKIKI hanya dari Allah swt BUKANNYA dari makhluk. Kasihilah Allah & Kasihilah Kekasih Allah iaitu Rasulullah saw! Ubah persepsi anda Insya Allah kebahagian milik anda!.

Semoga kita semua berjaya. Amin.

Share

One Response to “Kuat Beribadat Tak Semestinya Kita Dah Makrifat Kepada Allah Swt”

  1. k.zos Says:

    kupasan yang menarik, yang boleh membuka minda ramai berfikir… Terima kasih sahabat.

Leave a Reply