Salam semua,

Rasanya semua orang boleh buat perbandingan antara umat islam terdahulu (zaman nenek moyang kita) dengan umat islam sekarang (kononnya moden) – Umat Islam sekarang aku rasa lebih haru biru berbanding dahulu. Betul tak?

Kita tak payah lihat umat islam dengan konteks yang lebih besar cukup sekadar masyarakat yang kita bergaul sehari-hari. Ramai yang aku tengok Islam hanya pada nama semata-mata. Memanglah mereka beribadat pada mata kasar kita tetapi sifat-sifat mazmumah lebih menyerlah berbanding sifat yang mulia.

Ramai yang aku lihat mereka mengaku syaitan itu musuh tetapi mereka mengikuti dan membantu pekerjaannya, ramai yang mengaku mereka menyayangi Nabi saw tetapi ramai juga yang tidak mengikuti sunnahnya dan macam-macam lagi. Agaknya mengapa boleh jadi begini!

Aku ada senarainya mengapa perkara begini boleh terjadi. Ini hanya pendapat peribadi aku semata-mata mungkin pendapat aku tak sama dengan anda semua:

  • Beramal tanpa ilmu umpama pakai seluar tak pakai baju
  • Tiada inisiatif untuk belajar ilmu agama dari guru yang mursyid
  • Beribadat untuk kepentingan diri sendiri (pangkat,disanjung ramai, duit etc)
  • Kuat tidur
  • Kuat makan
  • Kuat bercakap perkara yang remeh – topik tidak membangunkan insan atau tiada unsur nasihat
  • Tak pernah berzikir atau zikir secara membabi buta dan tak tertib
  • Suka bersangka buruk sesama islam
  • Kuat mengumpat
  • Suka mengeluh dan tak reti nak bersyukur atau memang tak tahu bagaimana nak bersyukur
  • Jarang cermin diri sendiri tapi asyik cermin peribadi orang
  • Wuduk tak sempurna
  • Intinjak tak betul (ramai memandang remeh perkara ini!!!) atau tak tahu langsung/ tak pernah
  • Takut sesama manusia walhal dengan Allah sahaja yang patut kita TAKUT!!
  • Lalai dalam solat dan bermacam-macam lagi

Kesimpulannya perkara yang aku senaraikan ini semuanya berkaitan dengan HATI (QALBI-JANTUNG). Amat sesuailah dengan pesanan Nabi Junjungan kita iaitu Rasullullah saw berkaitan HATI (QALBI-JANTUNG) :

“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati”

Oleh kerana itu setiap manusia perkara awal yang dinilai adalah NIAT. Sebagai umat islam yang sejati kita seharusnya bermula dengan NIAT (HATI) yang betul  Insya Allah diakhirnya juga akan berakhir dengan kejayaan.

Akhir kata, Kembalilah semula ke jalan yang benar, kembalilah semula kepada fitrah manusia seperti Bayi yang baru lahir. Aku tulis artikel bukan bererti aku ni bagus sangat tetapi sebenarnya juga untuk peringatan diri aku sendiri kerana aku juga seperti anda semua yang kadangkala sering lalai dan melakukan kesilapan.

Semoga kita semua berjaya Dunia & Akhirat. Amin.

Share

One Response to “Kembalilah Ke Jalan Yang Benar (Asas)”

  1. diyla Says:

    salam keranaMu Ilahi

    ingin jempotmuslimin dan muslimat utk hadiri bengkel lengkap MESTI HADIR.

    sila layari : www. seminar2u.net

    atau boleh saje add Face book : diyla magnet lariss

    utk tujuan pendaftaran atau pererat silaturrahim keranaMu Ya Ilahi

    Salam Ramadhan penoh keberkatan dan Salan Aidilfitri yang penoh kemenangan bantuan Ilahi,amiin

Leave a Reply