Salam semua, Pada pendapat akulah kan Islam hanya layak bagi sesiapa yang betul-betul percaya sahaja malah perkara pertama seseorang muslim yang perlu buat adalah ucapan syahadat iaitu percaya kepada Allah sahajalah yang perlu disembah dan percaya bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah swt. Belum lagi cerita ibadat yang lain lagi tu.

Kalau nak cerita percaya ni semua orang percaya bahawa Allah itu ADA tapi persoalannya sedalam manakah kepercayaan kita terhadap Sang Pencipta. Oleh itu, bagaimanakah caranya kita nak ukur kepercayaan kita atau tingkat hubungan kita disisi Allah swt setelah kita begitu lama beramal untuknya? Disini aku coretkan beberapa UKURAN HAMBA DI SISI ALLAH swt untuk kita renungkan bersama dan muhasabah dengannya adalah seperti berikut:

  1. Jika hati kita masih kuat terarah pada dunia yang sementara ini, bermakna kita masih hina dalam penilaian Allah swt;
  2. Jika kita masih takut dan bimbang kepada makhluk bererti pada hakikatnya kita belum menghadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya;
  3. Jika kita sudah mulai terarah pada amal ibadat bermakna sudah ada bantuan Allah atas kita;
  4. Jika ilmu pengetahuan agama kita sudah mulai terbuka pintunya buat kita, bererti kita dikehendaki Allah untuk cenderung kepadanya;
  5. Jika kita telah mulai sekali-sekala menyampaikan isi hati kita kepada Allah, bermakna pintu dialog antara hamba dengan Allah telah dibukakan olehnya dan hal itu bererti kita telah mulai mendekat kepadanya;
  6. Jika kita sekali-sekala diuji oleh Allah dengan bala, bermakna Allah memberi petunjuk kepada kita supaya kita sentiasa sabar menghadapinya;
  7. Jika kita beransur-ansur telah dapat menghilangkan selain Allah dari hati kita, bermakna kita telah mulai ditonton Allah untuk beradap kepadanya;
  8. Jika kita telah menerima secara ikhlas segala ketentuan Allah atas kita, baik yang manis atau yang pahit, bererti pintu redha telah dibukakan Allah buat kita, dan itulah pintu yang agung, sempurna dan mulia di sisi Allah atau lebih tepat sekali persamaannya terkandung di dalam kalimat LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH. Inilah tahap yang perlu kita cari Insya Allah.

Akhir kata, dah jadi lumrah manusia yang sering lalai dan lupa dengan janjinya kepada Allah swt termasuklah aku sendiri PERCAYALAH yang Allah itu ADA, BERAMALLAH dengan penuh PERCAYA seperti yang terkandung dalam AL-QURAN dan PERCAYALAH yang kepada ALLAH sahajalah kita patut SEMBAH malah kepada ALLAH jugalah kita memohon PERTOLONGAN. Semoga kita semua berjaya di akhirat dan di akhirnya kejayaan dunia akan datang dengan sendirinya. Amin.

Share

Leave a Reply