12
Apr
Salam semua! Aku sebenarnya ada satu projek suka-suka untuk korang semua iaitu Projek Tag Entry : Kalaulah Aku Ada RM100 juta…Aku Akan…Biasanya orang asyik bercerita RM1 Juta ke RM2 Juta jer tapi aku pulak terus cerita RM100 juta amik kau! Projek ini bagus untuk newbie dan yang baru nak berjinak-jinak dengan blog. Bagaimana pulak caranya korang semua nak join projek ni? Senang je & baca syarat-syaratnya di bawah ni:
- Setiap tajuk entry/post/artikel MESTI guna tajuk “SepulAnuar.com-Projek Tag Entry:Kalaulah Aku Ada RM100 Juta…Aku Akan…”
- Artikel tiada limit perkataan…tak kira panjang atau pendek…suka hati koranglah…he he he
- Beri pandangan korang dengan sejujurnya tentang apa yang akan korang buat jika ada RM100 juta dalam tangan
- Di akhir artikel korang MESTI letak “Dibawakan oleh Blog SepulAnuar.com + url post aku ni”
- Tempoh Projek ini bermula 12 – 21 April 2011
- Sesiapa yang dah buat artikel projek aku ni, backlink semua aku check dah ok dan aku akan buat satu post baru & letakkan semua list blog yang dah tag blog aku ni selepas 21 April 2011…kiranya win-win situasionlah antara korang dgn blog aku…he he he
Mudah Bukan? Kebaikannya projek ini ialah korang dapat natural backlink dari blog aku ni dan lebih exposurelah blog korang tu..tak gitu?
Akhir kata, kau bacalah angan-angan aku kat bawah ni “Kalaulah Aku Ada RM100 Juta…Aku Akan…
- Aku pergi Pusat Zakatlah…bayar zakat…penting tu!
- Bayar cukai LHDN..akukan rakyat Malaysia yang bertanggung jawab!
- Bayar semua hutang piutang…aku nak bebas!!!freedom!
- Aku nak duduk umah je…malas lagi aku nak pergi kerja hari-hari kejar punch card…akukan dah kaya he he he
- Buat satu umah anak-anak yatim dan Pusat Tahfiz yang besar giler..boleh muat satu Malaysia
- Bantu seberapa kerap orang-orang miskin secara istiqamah…kita bantulah sedikit kerajaan…tak gitu?
- Buat rumah berharga RM10 juta diatas tanah 4 ekar…cuba korang bayangkan umah aku tu…mesti rabak punya…ha ha
- Beli kereta 3-4 buah CASH!
- Beli motor besar 5-6 buah CASH terutamanya Harley Davidson…ingat Awie je ke boleh pakai….ada aku kisah..
- Beli jongkong emas banyak2…sapa nak beli emas boleh jumpa aku…he he he…Emas kan KEBAL INFLASI lagipun ia pelaburan jangka panjang
- Kejap-kejap pergi oversea…jauh perjalanan luas pemandangan…cewahhh….
- Bukak satu syarikat rakaman muzik…sapa nak jadi artis aku…korang nak?
- Akhir sekali, aku pun tak tahu apa nak buat lagi dengan duit aku tu..banyak sangat la…
Semoga berjaya! Layannnn….Bye!





May 29th, 2011 at 10:24 am
Aku tak buat ape-ape post pon tentang perkara ini because aku dah kaye, buat ape nak buat ape-ape post…………..
Aku dah suruh budak aku buat post nie,nanti die anta kat anda…. Aku kan Kaye….
June 4th, 2011 at 2:20 pm
he he he…ye la kau kan dah kaya…lama tak citer bro…?